Sunday 29 July 2018

REZEKI DI HARI JUMAAT......

TAHNIAH
MUSOLLA RAUDHAH AS-SAKINAH 
JOHAN KATEGORI MUSOLLA RENDAH
ANUGERAH SURAU IMARAH NEGERI PULAU PINANG 2018




Monday 2 July 2018

TAHNIAH


SEKALUNG PENGHARGAAN

Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalungan budi junjungan kasih
Menjadi kenangan sepanjang zaman

Pohon selasih di dalam kolam
Anak haruan berenang-renang
Terima kasih kami ucapkan
Budi tuan menjadi kenangan






Alhamdulillah, pihak Tabung Haji Pulau Pinang telah bersetuju untuk menyumbangkan penghawa dingin untuk kegunaan Musolla Raudhah As-Sakinah. Kunjungan 'Orang Kuat' Tabung Haji Pulau Pinang telah membawa perkhabaran gembira kepada warga SK Bayan Lepas. Semoga Allah merahmati dan memberkati apa jua urusan Tabung Haji Pulau Pinang.

ANUGERAH SURAU IMARAH....Penilaian Akhir

Penilaian akhir ini dijalankan pada Isnin, 2 Julai 2018 pada pukul 8.30 pagi. Penilaian ini dilaksanakan oleh 3 orang panel yang berpengalaman luas dalam Pertandingan Surau Imarah ini. Pelbagai aspek diperinci dan dilihat bagi memastikan Musolla Raudhah As-Sakinah benar-benar layak mewakili Daerah Barat Daya ke peringkat seterusnya.






Sunday 1 July 2018

“5. Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
 6. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan“.

(Surah Al-Insyirah, ayat 5-6)

___________________________________________________________________

Setelah bertungkus lumus dan memberikan yang terbaik, maka tibalah masa untuk "Final Touch up" kepada Musolla Raudhah As-Sakinah. Alhamdulillah, setiap kesulitan serta kesukaran dapat diatasi dengan baik berkat doa, usaha dan tawakal kepada Allah. Selain itu, kerjasama, seiring sejalan, bergandingan bahu yang ditunjukkan oleh semua warga SK Bayan Lepas memang menjadi faktor utama bagi menyiapkan Musolla tercinta ini. Segala rasa sayang, cinta dan pengorbanan dihadiahkan buat Musolla Raudhah As-Sakinah. Semoga rasa kecintaan ini dapat memanfaatkan seluruh warga SK Bayan Lepas dulu, kini dan selamanya....Jom lihat hasil terakhir dan wajah baru kepada Musolla Raudhah As-sakinah.


BARISAN TULANG BELAKANG RAUDHAH AS-SAKINAH BERSAMA SQUAD CILIK

LALUAN TANGGA NAIK KE MUSOLLA 
INFO RAS GREEN GARDEN
INFO RAUDHAH AS-SAKINAH
KAWASAN ATAS TANGGA
LALUAN TANGGA NAIK KE MUSOLLA

Tuesday 17 April 2018

"1TIANG 1GPI" Perjuangan Diteruskan

Transformasi sesebuah Musolla bukanlah hanya pada Musolla itu semata-mata, tetapi bermula dari pintu masuk Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas sehingga ke kawasan yang berhampiran. Apa yang ingin ditonjolkan adalah sesebuah imej yang terletak pada identiti sekolah dan dapat diingati oleh para pelawat, orang luar, mahupun ibu bapa yang sentiasa berurusan dengan pihak sekolah. 

Oleh itu, Jawatankuasa Induk Musolla Raudhah As-Sakinah mengambil inisiatif dengan mengadakan program "1TIANG 1GPI" di mana setiap Guru di bawah pimpinan Panitia Pendidikan Islam perlu menyiapkan atau mengecat sebuah tiang di koridor sepanjang menuju ke Musolla Raudhah As-Sakinah. Program ini bukanlah semata-mata dilaksanakan oleh GP1, malah terdapat juga guru-guru lain yang menghulurkan bantuan keringat kepada mereka.






BERMULANYA TRANSFORMASI SURAU LAMA KEPADA SEBUAH MUSOLLA




Setelah berjaya mengumpul dana daripada Program Wakaf Jubin, Jawatankuasa Musolla Raudhah As-Sakinah mengorak langkah mentransformasikan sebuah surau yang agak suram dan biasa kepada sebuah Musolla yang luar biasa. Tahniah kepada semua jawatankuasa kerana berjaya melakukan transformasi pertama Musolla Raudhah As-Sakinah.


KERJA MENGEMAS BARANGAN DI DALAM SURAU BERMULA

MEMBUANG HABUK DAN SAWANG

MEMBERSIHKAN KAWASAN KORIDOR


PROSES PEMASANGAN JUBIN
PROSES PEMASANGAN JUBIN

PROSES PEMASANGAN JUBIN
KERJA MENGECAT KORIDOR MUSOLLA

PELANCARAN 20SEN SEMINGGU UNTUK MUSOLLA RAUDHAH AS-SAKINAH

Pelancaran tabung 20sen seminggu ini diilhamkan oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam sendiri iaitu Al-Fadhil Ustaz Mohd Tohir bin Omar. Tabung ini akan ditempatkan di laluan ke Musolla Raudhah As-Sakinah dan diharapkan dapat membantu menambahkan dana bagi pembangunan Musolla ini.





Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .” ( HR Muslim dan Tirmidzi )


Wednesday 11 April 2018

PENCARIAN ILMU DITERUSKAN....

Perjalanan mencari idea serta ilmu berkenaan pembangunan Surau/Musolla di SK Bayan Lepas diteruskan dengan Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Kebangsaan Sri Impian. Berikut adalah sedikit rangkuman mengenai lawatan kali ini.



















Tuesday 10 April 2018

MENGORAK LANGKAH PERTAMA..


ومَنْ سَلَكَ طَريقاً يَلتَمِسُ فِيه عِلماً ، سَهَّلَ الله لَهُ بِهِ طَريقاً إلى الجَنَّةِ

Barang siapa berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syorga. (HR. Muslim).

_________________________________________________________________________________

Perjalanan kami menuntut ilmu bagi pembangunan Musolla Raudhah As-Sakinah bermula tanggal 10 Februari 2018. Perjalanan menuju ke utara tanah air membawa seribu harapan agar kami dapat melihat dan mengambil contoh terbaik daripada surau sekolah yang pernah memenangi Pertandingan Surau Imarah beberapa tahun lepas. 

Perjalanan selama hampir dua jam ini disertai oleh 50 orang guru dan staf SK Bayan Lepas serta keluarga masing-masing. Terdapat juga beberapa Pegawai Pendidikan Daerah daripada Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya menyertai Lawatan Penanda Aras ini.

Setibanya di SK Beseri, kami disambut mesra oleh guru-gurunya yang sanggup hadir walaupun hari berkenaan merupakan hari cuti hujung minggu. Kami terus dibawa ke surau mereka yang terletak di tepi bangunan akademik. Surau ini dilengkapi dua buah tandas dan tempat wuduk bagi kegunaan murid dan guru.

Antara perkara yang menarik perhatian kami adalah Kebun Sayur-sayuran yang terletak di tepi surau berkenaan.


Selain itu kami diberi taklimat oleh Guru Pendidikan Islam yang menjadi penyelaras Surau berkenaan.Taklimat ini khususnya difokuskan kepada pengurusan fail yang diperlukan serta inovasi yang perlu ada pada setiap surau yang ingin bertanding bagi pertandingan tersebut.

Sesi berdialog bersama Panitia Pendidikan Islam SK Beseri







PEMBENTUKAN JAWATANKUASA MUSOLLA RAUDHAH AS-SAKINAH

JAWATANKUASA INDUK


JAWATANKUASA PENGURUSAN

JAWATANKUASA SKUAD CILIK (MURID)

Monday 9 April 2018

MUSYAWARAH PERTAMA......

Sebelum melangkah dengan lebih jauh, ahli-ahli PANITIA PENDIDIKAN ISLAM mengadakan mesyuarat kali pertama. Mesyuarat ini bagi menyusun strategi, jawatankuasa serta pelan bagi memudahkan perjalanan pembinaan Musolla Raudhatul As-Sakinah. 
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Tohir bin Omar yang merupakan Ketua Panitia  Pendidikan Islam baharu selepas Ustaz Mohd Zambri berpindah ke SK Mutiara Perdana dan bertugas sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di sana.
Mesyuarat pertama ini menjadi pencetus kepada mesyuarat-mesyuarat lain sama ada di antara ahli Panitia Pendidikan Islam mahupun warga SK Bayan Lepas yang lain

Mesyuarat Bersama Ahli Panitia Pendidikan Islam

Mesyuarat Bersama Ahli Panitia Pendidikan Islam

Mesyuarat Bersama Ahli Panitia Pendidikan Islam
Mesyuarat Bersama Warga SK Bayan Lepas

Mesyuarat Bersama Warga SK Bayan Lepas

Mesyuarat Bersama Warga SK Bayan Lepas

Tercetusnya Idea untuk Membangunkan Musolla Raudhah As-Sakinah



Idea asal bagi membangunkan Surau SK Bayan Lepas yang terdahulu adalah idea daripada mantan Ketua Panitia Agama Islam SK Bayan Lepas, Ustaz Mohd Zambri. Surau ini dahulunya digunakan hanya untuk sesi pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Pendidikan Islam dan dijadikan tempat solat utama bagi warga SK Bayan Lepas. 

Ustaz Zambri

Beliau mahu kegunaan dan manfaat surau ini dipanjangkan dan dimaksimumkan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk warga SKBL. Oleh itu, beliau memanjangkan idea tersebut kepada Puan Guru Besar, Puan Fauziah binti Sa'ad. Puan Guru Besar menyambut baik hasrat murni Ustaz Zambri serta ahli-ahli Panitia Pendidikan Islam.

Puan Fauziah binti Sa'ad

Sebagai langkah PERTAMA, Program Wakaf Jubin dilancarkan bagi mengutip sumbangan ikhlas orang ramai bagi menampung pembinaan dan perubahan wajah surau supaya semua pihak akan lebih selesa menggunakannya.



Thursday 5 April 2018


SELAMAT DATANG KE 

MUSOLLA RAUDHAH AS-SAKINAH,
SEKOLAH KEBANGSAAN BAYAN LEPAS, 
PULAU PINANG.